loading...

Tips Memilih Teman Menurut Islam

Ramai yg menganggap bahawa seorang individu yang memilih kawan adalah tergolong dari golongan yg cerewet dan ‘perasan bagus’,malah ada yg mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan.Namun hakikatnya,ramai yg tidak tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya utk memilih di dalam menjalin persahabatan.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari,menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yg soleh dan rakan yg jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual parfum dan tukang besi.Penjual minyak wangi tak akan mensia-siakan anda,sama ada anda membelinya atau hanya mendapatkan bau harumannya.Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar,atau mendapatkan bau busuk. ”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yg baik?

Nasehat yg boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,“Wahai anakku,sekiranya engkau berasa perlu utk bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau memilih orang yg sifatnya seperti berikut. ”

http://dayahguci.blogspot.com/2016/10/tips-memilih-teman-menurut-islam.html

Pilihlah sahabat yg suka melindungi sahabatnya,dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah,dia suka mencukupi keperluan.
Pilihlah seorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan utk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu,jikalau ia melihat kebaikan yg ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Pilihlah seorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan utk memberikan jasa baik atau bantuanmu,ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna,dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yg jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti ia memberi,jikalau engkau diam,dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Pilihlah sahabat yg jikalau engkau berkata,ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yg berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,dia suka mengalah utk kepentinganmu.

Justeru itu,dalam memilih sahabat kita hendaklah bersikap memilih yg baik agar segala matlamat dan hasrat utk memperjuangkan Islam dapat ditunaikan bersama-sama sahabat yg mulia.Sebagai umat Islam di zaman moden dan serba maju ini,sewajarnya kita berhati-hati dalam memilih rakan kerana persahabatan itu bisa mempengaruhi kehidupan sama ada membawa kebaikan atau hanya bakal mendatangkan kerosakan kepada kita.
Baca Juga:Inspirasi Kehidupan :Kaca Jendela yang Kotor

Sesungguhnya Islam memberiahu bahawa rakan yg baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat,iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat,manakala rawan yg tidak baik pula hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Tips Memilih Teman Menurut Islam Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Rahmi Fajri