Kitab Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj (نهاية المحتاج إلي شرح المنهاج) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang terkenal dan dianggap antara kitab rujukan utama di kalangan ulama mazhab Syafi’i yang mutaakhirin. Kitab ini disusun oleh Imam Syamsuddin Muhammad bin Abu al-Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin al-Ramli al-Manufi al-Mishri al-Anshari (919-1004H), atau yang biasa dikenali dengan nama Imam al-Ramli. Beliau terkenal dengan julukan “al-Syafi’i al-Shaghir” (Imam Syafi’i kecil).
Sebagaimana judulnya, kitab Nihayah al-Muhtaj disusun oleh Imam al-Ramli sebagai sebuah kitab syarah (huraian) bagi kitab Minhaj al-Thalibin wa Umdah al-Muftin, iaitu sebuah kitab fiqh karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
Kitab Nihayatul Muhtaj adalah salah satu kitab syarah terbaik di antara sekian banyak kitab syarah Minhaj al-Thalibin. Bahkan menurut sebahagian ulama kitab ini menempati urutan kedua terbaik syarah al-Minhaj setelah kitab Tuhfatul Muhtaj karya Imam Ibnu Hajar al-Haytami (973H).
Kitab ini mempunyai kedudukan yang penting dalam mazhab Syafi’i. Ramai para ulama Syafi’iyah setelah masa Imam al-Ramli yang memuji kehebatan dan keunggulan kitab ini bersama kitab al-Tuhfah, sehingga kebanyakan ulama Syafi’iyah menjadikan kitab ini sebagai rujukan dan pegangan utama ketika mereka berfatwa.
Kitab Nihayah al-Muhtaj ini pernah disodorkan, dibacakan, diminta kritik serta diminta betulkan oleh pengarangnya sendiri di hadapan lebih dari 400 ulama dan setelah mereka mengkaji secara saksama, mereka menyatakan shahih tanpa meragukan sedikitpun terhadap keabsahannya.
Selain menghuraikan isi kandungan kitab al-Minhaj dan menjelaskan maknanya, Imam al-Ramli juga memperjelas permasalahannya, serta menambahkan dalil-dalil syar’iyah dari al Qur’an, al-Sunnah dan pendapat-pendapat para ulama mazhab Syafi’i yang muktabar, sama ada di kalangan tokoh ulama generasi terdahulu (mutaqqimin) atau terkemudiaan (mutaakhirin).
Sistematik penyusunan kitab ini adalah sama dengan kaedah penyusunan kitab al-Minhaj dari segi susunan bab perbahasannya, iaitu dimulai dengan kitab al-Thaharah (bersuci) dan diakhiri dengan kitab Ummahatil Aulad.
Mengikut versi kitab yang diterbitkan Darul Kutub al-Ilmiyah, kitab ini dicetak dengan 8 jilid berserta dua hasyiyahnya, iaitu Hasyiyah Abu al-Dhiya’ Nuruddin Ali bin Ali al-Syibramalisi (977-1087H) dan Hasyiyah Ahmad bin Abdur Razaq bin Muhammad atau yang dikenal dengan sebutan al-Maghribi al-Rasyidi (1087H).
harga kitab tuhfatul muhtaj
Tuhfatul Muhtaj by PT Dar Al Hadith Indones (207404476)
tuhfatul muhtaj dengan harga rp.316000 hanya di tokopedia
price :
Rp 325.000
Download kitab Tuhfatul Muhtaj Syarah Al-Minhaj - Hasyiyah Asy-Syarwani - Hasyiyah Al-Ubadi
Judul kitab : 1. Tuhfatul Fi Syarhil Minhaj
2. Hasyiyah Asy-Syarwani
3. Hasyiyah Al-Ubadi
Penulis : 1. Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar Al-Haitami ( Imam Ibnu Hajar )
2. Al-Imam Abdul Hamid Asy-Syarwani
3. Al-Imam Ahmad bin Qosim Al-Ubadi
Muhaqqiq : -
Penerbit : Maktabah At-Tijariyah Al-Kubro, Kairo - Mesir
Cetakan : -
Tahun terbit : 1983
ADS HERE !!!