kitab Syarah Al-Mahalli Alal Minhaj-Di antara kitab rujukan para ulama mazhab al-Syafi’i yang ingin dikongsi bersama pembaca ialah dua buah kitab fiqh yang digabung cetakannya dalam satu terbitan, iaitu kitab yang berjudul “Hasyiata Qalyubi wa ‘Umairah ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin” (حاشيتا قليوبي وعميرة على شرح المحلى على منهاج الطالبين).
Kitab ini sebenarnya merupakan gabungan dua buah kitab yang disusun oleh dua orang tokoh ulama mazhab Syafi’I yang terkenal, iaitu;
Kitab Hasyiah Qalyubi ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi al-Mishri (1069H). Beliau terkenal dengan gelaran al-Qalyubi.
Kitab Hasyiah ‘Umairah ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, karya Imam Syihabuddin Ahmad al-Burullusi al-Mishri (907H). Beliau terkenal dengan gelaran ‘Umairah.
Kedua-dua kitab ini merupakan dua buah hasyiah (komentar) bagi kitab Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin atau judul asalnya “ Kanz al-Raghibin Syarh Minhaj al-Thalibin ”, iaitu karya al-Imam al-Hafiz Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli al-Syafi’i (864H). Beliau menyusun kitab ini sebagai syarah (huraian) bagi kitab Minhaj al-Thalibin, karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (). Seorang tokoh ulama terkenal yang menjadi rujukan utama dalam mazhab al-Syafi’i.
Semenjak berlakunya penyatuan antara dua buah kitab ini dalam penerbitannya, seolah-olah kedua-duanya hanyalah satu kitab. Dalam beberapa cetakan kedudukan Hasyiyah al-Qalyubi biasanya diletakkan di atas Hasyiyah ‘Umairah. Tidak diketahui secara pasti siapa yang memulakan idea penyatuan dua hasyiah ini. Termasuk motif di sebalik penyatuan tersebut dan mengapa dipilih kedua hasyiah ini. Setelah melalui proses pencarian dari berbagai sumber, agaknya belum ada satu pun sumber yang berupaya memberikan sedikit cahaya agar jawapan-jawapan yang masih cukup gelap itu sedikit terang dan terbuka. Tulisan ini tidak lebih dari sekadar mencuba menemukan jawapan bagi semua pertanyaan tersebut, yang semoga boleh memberikan sedikit titik terang.
Kalau kitab Minhaj al-Thalibin dengan syarahnya Kanz al-Raghibin ini diterbitkan tanpa kedua hasyiah tersebut, barangkali cukup satu jilid saja yang diperlukan. Tapi dengan adanya tambahan kedua-dua syarah tersebut, beberapa penerbit mengeluarkannya dalam bentuk empat jilid relatif tebal-tebal yang masing-masing jilidnya sekitar 370 hingga 440 halamannya.
Dari empat jilid tersebut, berikut disebutkan tema kitab dan babnya;
Jilid 1 : Muqaddimah sampai kitab al-Janaiz
Jilid 2 : Kitab al-Zakat sampai kitab al-Wakalah
Jilid 3 : Kitab al-Iqrar sampai kitab al-Thalaq
Jilid 4 : Kitab al-Raj’ah sampai kitab Ummhat al-Aulad
Kandungan kedua-dua Hasyiah
Kandungan tema kedua-dua hasyiah tersebut sudah tentu relatifnya sama. Tema penulisan dan sistematik penyusunannya mengikuti tema-tema kitab Minhaj al-Thalibin sebagai matan dan Kanz al-Raghibin sebagai syarah. Perkara yang membezakan antara kedua-dua hasyiah tersebut adalah aspek kuantiti dan juga kualiti kedua-duanya.
Dari aspek kuantiti, Hasyiah al-Qalyubi lebih banyak mengandungi isi penjelasan. Kerana sebagaimana dikatakan sendiri oleh penulisnya, bahawa dalam hasyiahnya - beliau mengumpulkan keterangan dari pelbagai kitab hasyiah bagi Kanz al-Raghibin dan juga berbagai kitab hasyiah bagi kitab syarah Minhaj al-Thalibin yang lain.
Selain itu, dalam hasyiah al-Qalyubi ini terdapat pemilihan pendapat yang mu’tamad setelah memaparkan beberapa pendapat yang ada. Hal lain yang boleh kita dapati dalam Hasyiah al-Qalyubi adalah terdapatnya diskusi fiqh atas beberapa argumentasi pendapat masing masing. Hanya saja kebanyakan pendapat-pendapat tersebut tidak disandarkan kepada para pemiliknya. Dan hal ini, ternyata memang disengajakan oleh penulis dengan tujuan mempermudah dan mempersingkat isi hasyiah.
Sedangkan apa yang ditulis oleh ‘Umairah dalam hasyiahnya, isi kandungannya relatif lebih singkat dan hanya mengomentari perkara-perkara yang dianggap perlu saja. Maka dari sisi penjelasan yang konfrehensif, Qalyubi boleh dikatakan lebih unggul. Hal ini boleh difahami mengingat masa hidup Amirah yang lebih dahulu daripada al-Qalyubi. Di mana, pada zaman Amirah jumlah hasyiah atas kitab-kitab syafi’i tentu saja belum sebanyak zaman al-Qalyubi. Sehingga al-Qalyubi lebih memiliki banyak bahan untuk dikaji daripada ‘Umairah. Bahkan sangat mungkin sekali hasyiah ‘Umairah adalah salah satu bahan kajiannya al-Qalyubi.
Antara kedua-dua Penulis
Dari sumber-sumber yang terbaca, meski mereka berdua adalah termasuk fuqaha Syafi’iyyah dari Mesir, - hanya perbezaan wilayah (‘Umairah berasal dari al-Burullus, sedangkan al-Qalyubi dari wilayah Qalyub) – namun, tidak ada satupun maklumat yang menyebutkan bahawa mereka berdua pernah bertemu, baik sebagai guru murid, atau teman seperjuangan dalam menuntut ilmu.
Sebagai ulama yang sama-sama faqih, mereka berdua sama-sama memiliki warisan intelektual dalam bidang fiqih dan ushul fiqih. Lagi-lagi mereka memiliki sebuah kesamaan. Rata-rata karya mereka adalah sama-sama berbentuk hasyiyah baik dalam fiqih maupun ushul fiqih.
Mengingatkan selisih antara tahun wafat mereka berdua memang cukup jauh zamannya. iaitu sekitar satu abad dua belas tahun. Maka tidak mungkin, disimpulkan bahawa penyatuan kedua hasyiah tersebut adalah atas kesepakatan kedua-dua penulisnya.
Menurut pendapat para ulama tentang kedua-dua tokoh ini, ‘Umairah mendapat kedudukan tinggi dan unggul sebagai ulama rujukan dalam mazhab Syafi’i berbanding al-Qalyubi. Dalam banyak kesaksian para fuqaha Syafi’iyyah -meski sama-sama faqih- ‘Umairah memiliki posisi penting dalam legaliti fatwa-fatwa ulama Syafi’iyyah berbanding al-Qalyubi.
al-Zirikli misalnya, dengan mengutip pendapat Najmuddin al-Ghazzi mengatakan bahawa pada fiqh ‘Umairah lah kepemimpinan tahqiq mazhab Syafi’i bermuara. Selain itu, ketika menyebutkan para fuqaha mu’tabar yang fiqihnya dijadikan sandaran berfatwa, para ulama menyebutkan nama ‘Umairah dan para pemilik syarah dan hasyiah yang lain tanpa menyebutkan Qalyubi. Padahal Hasyiyah al-Qalyubi selalu hidup bersama berdua dengan Hasyiyah ‘Umairah.
Antara ulama yang menyatakan demikian misalnya Syaikh Alawi ibn Ahmad al-Sagaf (w. 1335 H) dalam al-Fawaid al- Makkiyah dan juga Syaikh Muhammad ibn Sulaiman Al Kurdi (w.1194 H) dalam al-Fawaid al-Madaniyah. Perkara ini jiga diikuti kemudiannya oleh Syaikh Dr. Ali Jum’ah dalam salah satu pembahasan dalam kitabnya tentang mazhab.
Barangkali dari paparan di atas, boleh ditarik kesimpulan bahawa Hasyiah al-Qalyubi memiliki keunggulan dalam kelengkapannya menjelaskan Kanz Ar Raghibin dari banyak sisi dan juga memiliki rujukan yang jauh lebih kaya, bahkan boleh jadi Hasyiah ‘Umairah adalah salah satu rujukannya.
Sedangkan Hasyiyah’ Umairah memiliki keunggulan dari sisi penulisnya yang termasuk dalam jajaran fuqaha mu’tabar sebagai rujukan fatwa dalam lingkungan mazhab Syafi’i ketika para ulama tidak menemukan jawapan atas suatu persoalan dari para fuqaha sebelum masa ‘Umairah.
Kemungkinan besar, masing-masing keunggulan berbeza yang dimiliki oleh kedua hasyiah inilah yang kemudian menjadi latarbelakang disatukannya kedua-dua hasyiah tersebut dalam satu kitab ketika penerbitannya. Kerana itu, bagi para pembaca harus cermat saat mengutip pernyataan dalam kitab tersebut. Pembaca harus memastikan milik siapa pernyataan tersebut, apakah tulisan ‘Umairah ataukah tulisan al-Qalyubi. Agar nantinya tidak terjatuh dalam kesalahan penyandaran sebuah pernyataan.
Download kitab Syarah Al-Mahalli Alal Minhaj
Judul kitab : Kanzur Roghibin Syarah Minhajut Tholibin
Penulis : Imam Jalaluddin, Muhammad Bin Ahmad Al-Mahalli
Muhaqqiq : Abdul Lathif Abdurrohman
Penerbit : Darul Kutub Al-Ilmiyah, Beirut - Lebanon
Cetakan : Pertama
Tahun terbit : 2001