Assalamualaikum Semuanya Blog tiada unsur negatif.Teruskan membaca.But saya suka berbagi somtehing berfaedah untuk semua.
Dari Abdullah bin Amr bin ‘ash ra.berkata:Aku mendengar Rasulullah saw.bersabda, “Bahwasanya Allah SWT Tidak Mencabut (Menghilangkan) Akan Ilmu Itu Dengan Sekaligus dari (dada) manusia... Tetapi Allah s. w. t. menghilangkan ilmu itu Dengan Mematikan Alim ULAMA... Maka apabila sudah tiada alim ulama,orang ramai akan Memilih Orang-Orang Yang Jahil Sebagai Pemimpin Mereka.... Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan... Mereka SESAT dan menyesatkan... ” (Hadits Riwayat Muslim)
Khutbah terakhir sebelum Rasulullah S. A. W wafat : (mesti ramai dah baca tapi nak jugak share berkali-kali, baca berkali-kali)
Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyyah
Di Lembah Uranah, Gunung Arafah
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. ”
“Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak,janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu,dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. ”
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar.Maka,berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil. ”
“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan,dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. ”
Baca juga:Waspada Sangat Mudah Orang Memelet Anda Lewat Facebook
“Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini.Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan,tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamuanda mampu.Ketahuilah, setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama.Tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. ”
“Ingatlah,bahwa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yg telah kamu kerjakan.Oleh itu,awasilah agar jangan sekali-kali kamu keluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. ”
“Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu,wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yg telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanyaselamanya. Itulah al-Qur’an dan sunnahku. ”
“Hendaklah orang-orang yg mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain.Semoga yg terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yg mendengar terus dariku.Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu. ”
7 Sunnah Nabi Muhammad SAW yg perlu kita jaga setiap hari,jagalah betul-betul :
Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua : Membaca Al-Qur’an sebelumsaat sebelum terbit matahari Alangkah seharusnya sebelum mata melihat dunia,sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga :Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid,kerana masjid merupakan pusat keberkahan,bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yg mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat :Jaga solat dhuha,kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima : Jaga sedekah setiap hari.Allah menyukai orang yg suka bersedekah,dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yg bersedekah setiap hari.
Keenam :Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yg berwudhu.Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,“Orang yg selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat.Dengan istighfar masalah yg terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.Bila kita kurang bersyukur,maka kita kurang berzikir pula,oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.Zikir juga merupakan makanan rohani yg paling bergizi,dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari bebrapa sifat yg berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada ; beberapa pemimpin yg berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yg membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yg aniaya itu,maka ia bukan termasuk umatku,dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yg ada di syurga).– Riwayat Tirmidzi,Nasae’i dan Hakim. Via (Islam Itu Indah)
Semoga bermanfaat telah membaca semua di atas, it worth InSyaaAllah..