Suatu ketika,dikala nabi hendak mengambil jubahnya,di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya.Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yg ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah,Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan,nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucingbaginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain,setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba di atas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yg nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan,dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat,nabi selalu berpesan utk menyayangi kucing peliharaan,seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman buat mereka yg menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat,dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari,dikisahkan tentang seorang wanita yg tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya utk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman buat wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi,isteri nabi sendiri,Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yg juga ahli hadis,Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.
ADS HERE !!!